Majistret, Salina Omar menetapkan tarikh tersebut bagi serahan dokumen selepas menerima permohonan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd. Nasir berikutan laporan forensik yang belum siap sepenuhnya.

Muhammad dalam prosiding hari ini memohon tempoh empat minggu lagi untuk serahan dokumen memandangkan terdapat beberapa lagi dokumen belum diperoleh pihak pendakwaan termasuk laporan forensik.

Terdahulu, jurujual tersebut, Sam Ke Ting, 22, tiba di mahkamah berkenaan kira-kira pukul 9 pagi untuk sebutan semula kes yang ditetapkan hari ini. - UTUSAN ONLINE