Perintah reman terhadap lelaki berusia 50 tahun itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, Norida Mohd. Husin.

Suspek direman sehingga 29 November ini dan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009.

Anggota polis tersebut ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam di sebuah restoran di Pengkalan Datu di sini kerana meminta rasuah daripada seorang pengedar sebagai dorongan menyelesaikan kes berkaitan dadah.- UTUSAN ONLINE