Hakim Mohd. Ghazali Mohamad Taib men­jatuhkan hukuman berkenaan terhadap Muhammad Shafiq Mohamad Riza, 28, selepas tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Shafiq didakwa menyamun barangan milik eksekutif sumber manusia di sebuah syarikat swasta, Nor Zalwa Kordi, 39, iaitu sebuah komputer riba jenama Dell, telefon bimbit jenama Samsung Note 4 dan Samsung Galaxy Tab serta rantai dan cincin emas di rumah mangsa di Vista Angkasa PT 12 Bukit Kerinchi, Brickfields di sini pada pukul 6.45 pagi, 22 Julai 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 395 dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam mendakwa, dia telah dianiayai.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz pula berkata, tertuduh tidak menyatakan secara spesifik kenapa dia dianiayai. - UTUSAN ONLINE