Perintah itu dikeluarkan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid di Mahkamah Majistret di sini selepas kedua-dua mereka tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 2.15 petang tadi.

Terdahulu, di mahkamah sama, tiga kontraktor yang didakwa terlibat dalam kes itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM5,000 seorang.

SPRM sejak dua hari lalu turut membebaskan lima kontraktor lain dengan jaminan RM5,000 setiap seorang manakala dua pegawai ZPP dengan jaminan RM10,000.

Akhbar pada 9 dan 10 Mei lalu melaporkan seramai 12 individu termasuk CEO ZPP, tiga pegawai kanan agensi itu serta lapan kontraktor ditahan SPRM negeri bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang zakat untuk projek pembangunan masyarakat sejak tiga tahun lalu.- UTUSAN ONLINE