Perintah tahanan reman ke atas dua anggota polis berpangkat koperal dan sarjan itu oleh dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Emysuriana Muhammad Subry di sini hari ini.

Permohonan reman dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Khairi Abdul Karim.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek terbabit dibawa ke mahkamah pada pukul 10.14 pagi oleh SPRM untuk permohonan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Suspek pertama berusia 29 tahun diwakili peguam Che Muji Che Noh, manakala suspek keempat dan kelima masing-masing berusia 50 dan 51 tahun diwakili peguam Azizi Abdul Aziz.

Dua lagi anggota polis dalam kes sama dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM5,000 setiap orang dengan masing-masing seorang penjamin.

Pada 15 Julai lalu, mahkamah memerintahkan lima anggota polis itu ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung satu kes rasuah di negeri ini.

Mereka disyaki berpakat meminta rasuah sebanyak RM5,000 daripada seorang lelaki yang dikatakan terlibat dalam aktiviti menjual dadah supaya tindakan tidak diambil terhadapnya. - UTUSAN ONLINE

 

VIDEO OLEH ABD. RAZAK AID