Zulhairin Yahya, 45, dan Zaidi Dali, 49, membuat pengakuan tersebut setelah pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.


Indra Nehru membenarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan yang dihadapi setiap tertuduh.


Mahkamah juga memerintahkan pasport antarabangsa milik kedua-dua lelaki itu diserahkan kepada mahkamah selain perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  terdekat setiap bulan.


Sebutan semula kes untuk serahan dokumen pada 5 Mei ini. - UTUSAN ONLINE


Video oleh SYEFRY MONIZ MOHD. NIZAR