Beliau yang tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 11.43 pagi ditemani Datin Seri Rosmah Mansor.

Kedatangan Ahli Parlimen Pekan itu disambut kira-kira 80 penyokong yang melaung kata-kata semangat ‘Bebas Najib’, ‘Hidup Najib’ dan bertakbir.

Beliau juga menerima tabung Solidariti Bebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada Ketua Sekretariat Solidariti Najib Razak, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii.

Najib dan Rosmah kemudian beredar dari pekarangan kompleks mahkamah kira-kira lima minit kemudian dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna putih.

Rabu lalu,  Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah  dan satu pertuduhan menyalahgunakan  jawatannya, berhubung dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta. - UTUSAN ONLINE.