Tertuduh, Ling Ong Weng, 34, didakwa melakukan pertuduhan itu di Ritz Garden Hotel, Garden Reflexology dekat Manjung antara 2014 hingga 20 Januari 2017.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memperdagangkan Patcharin Polkan, Nipaporn Sananmueang, Sirikon Maitokklang dan Nutsara Hemman yang kesemuanya berumur dalam lingkungan antara 23 hingga 43 tahun.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Norashima Khalid bagaimanapun membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM10,000 beserta seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 26 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md Yusof sementara tertuduh diwakili peguam Kartini Mansor. - UTUSAN ONLINE


Video oleh SYEFRY MONIZ MOHD. NIZAR