Video oleh RAJA JAAFAR ALI

Tertuduh, Sanusi Mohammad, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan tersebut sejurus dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa berada dalam kawasan istana berkenaan tanpa memiliki pas, kad atau permit yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang diberikan kuasa di bawah perintah kawasan larangan kira-kira pukul 12 tengah hari pada 1 Mac lalu.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Kawasan Larangan 1959 (Akta 298) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sanusi turut didakwa melakukan khianat sehingga menyebabkan kerosakan di garaj kereta istana berkenaan bernilai kira-kira RM20,000 pada masa dan hari yang sama.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd. Ghazali manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - UTUSAN ONLINE