Rizan Jantan, 47, yang juga ejen berdaftar di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norul Fitri Hamdan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut antara Januari hingga Mac 2015.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 133 (1) (a) Akta Kastam 1967.

Norul Fitri kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM28,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya ditahan.

Dalam pada itu, Pegawai Pendakwa, Mohd. Roezamir Mohd. Rozman ketika ditemui pemberita berkata, jumlah keseluruhan cukai jualan yang sepatutnya dibayar tertuduh ialah sebanyak RM311,052.75.

Namun, katanya, tertuduh hanya membayar sebanyak RM29,494.03 iaitu berbeza sebanyak RM281,558.72. - UTUSAN ONLINE