Tiada pengakuan direkodkan daripada Wilsonrensa Dudom, 22, memandangkan kes tersebut bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh pekerja restoran, Wong Sow Lin, 57 di hadapan sebuah restoran, Jalan Equine 9B, Seri Kembangan dekat sini kira-kira pukul 8.20 malam, 18 November lalu.

Video oleh ZETI FARZANA ALPIKRI

Lelaki  itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 18 November lalu, seorang wanita maut dan empat lagi pelanggan sebuah restoran cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di sebuah restoran, di Taman Equine, Seri Kembangan. - UTUSAN ONLINE