Tertuduh, Abdul Malik Rosli, 19, didakwa membunuh Mahussin Abdul Rahim di Kuarters Klinik Kesihatan Lukut pada 1.40 pagi, 22 Januari lalu.

Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Abdul Malik didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya A. Ashwini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Siti Khairiah menetapkan 14 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes.

Video oleh ABD. RAZAK AID

Pada 22 Januari lalu, Mahussin ditemukan mati dipercayai dibunuh di dalam bilik di tingkat empat kuarters Klinik Kesihatan Lukut pada pukul 8.30 pagi.

Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat hentakan keras pada kepala. - UTUSAN ONLINE