Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Penganggur didakwa bunuh bapa kandung

Penganggur bunuh bapa
AMIRUL Amin Amran, 23 (tengah) diiringi anggota polis ketika tiba di Mahkamah Majistret Kangar hari ini untuk didakwa atas kesalahan membunuh bapa kandungnya pada 14 April lalu di Kampung Padang Melangit, Beseri. - UTUSAN ONLINE/MUHAMAD IQBAL ROSLI

KANGAR 21 April - Seorang penganggur berdepan hukuman mati setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya di rumahnya di Padang Besar, dekat sini, minggu lalu.

Tertuduh, Amirul Amin Amran, 24, didakwa membunuh Amran Ariffin, 53, di rumah tidak bernombor di Batu 4, Jalan Padang Melangit, Padang Besar, antara pukul 7.20 dan 7.30 malam, 14 April lepas.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Amril Johari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Amirul Amin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu cuba membunuh diri menggunakan sebilah pisau di tempat dan waktu yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duaanya.

Bagaimanapun, tertuduh hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Mohd. Azhar Hamzah.

Tertuduh diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.

Mohd. Azhar menetapkan 17 Julai depan untuk sebutan semula kedua-dua kes tersebut sementara menunggu laporan perubatan dan bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain