Video oleh AZRUL NAIMI ABDUL JALIL

Menurut anggota Panel Syariah PPIM, Abdul Halim Ikhsan, berdasarkan isu terbaharu yang dibawa PPIM, ada kemungkinan pendakwaan ini adalah salah satu 'tindak balas' 9 Dragons dengan tujuan untuk 'mengajar' PPIM.

"Jikalau ada sebab-sebab lain, mungkin sebab bila kita bangkitkan isu 9 Dragons ni.

"Mungkin 9 Dragons ni dah goyang, dan mula serang kita dari pelbagai sudut," kata Abdul Halim, hari ini.

Jumaat lepas, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mendedahkan pihaknya ada menerima amaran bahawa terdapat 'individu-individu' yang ingin 'mengajar'nya berikutan pendedahan pihaknya bahawa sindiket judi haram di Malaysia dikawal oleh 9 Dragons.

Untuk rekod, Yusuf dan Ali didakwa dibawah Seksyen 427 dan 447 Kanun Keseksaan kerana didakwa menceroboh dan melakukan khianat di premis AGR Trade Sdn. Bhd., Julai lalu.

Mereka berdua kemudiannya dibebaskan dengan jaminan mahkamah bernilai RM5,000 setiap seorang sementara menunggu sebutan semula kes pada 24 November ini. - UTUSAN ONLINE