Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Ismail Mohd. Don, 38, sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Tertuduh yang hadir di mahkamah dengan berpakaian lokap berwarna oren tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika prosiding yang berlangsung kira-kira 10 minit.

Berdasarkan pertuduhan, Ismail didakwa membunuh Salahuddin Ismail, 46, di sebuah rumah di Kampung Tebakang antara pukul 3.15 petang hingga 4.45 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Engku Nurul Ain menetapkan 21 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dan forensik.

Utusan Malaysia pada 4 Disember lalu melaporkan Ismail dikatakan berang melihat pisang miliknya dicuri Salahuddin yang dipercayai menjadi punca kepada pembunuhan mangsa. - UTUSAN ONLINE