Lam Chang Nam, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Azali Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memeras ugut Jonathan Koh Szu Hao, 33 dengan meminta wang sebanyak RM30,000 dengan tujuan membebaskan ayah mangsa di Paradigm Mall, Kelana Jaya, di sini kira-kira pukul 8.46 malam, 6 Mac lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin bagi mengelak mangsa diganggu dan menetapkan 26 April ini untuk sebutan semula kes.

Media melaporkan Raymond, 62, diculik pada pagi 13 Februari lalu di Petaling Jaya ketika dalam perjalanan untuk bertemu rakannya.

Rakaman litar tertutup (CCTV) menunjukkan bahawa kereta Honda Accord yang dinaiki Raymond telah dikepung beberapa lelaki bertopeng yang menaiki sebuah kenderaan jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) hitam. - UTUSAN ONLINE

Video oleh NASIRRUDDIN YAZID