Perintah reman terhadap suspek berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Siti Khairiah Abd. Razak yang membenarkan reman sehingga 7 Januari. 


Suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson pada pukul 8.30 pagi dengan diiringi anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di sini hari ini.


Dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE