Perintah reman yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Atiqah Abu Hassan selepas membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, lelaki berumur 23 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini bagi mendapatkan perintah reman pada pukul 9.30 pagi dengan memakai baju lokap SPRM dan tangan digari.

Suspek ditahan semalam di KLIA2 kerana disyaki bersubahat dengan seorang lagi polis bantuan yang telah direman sejak kelmarin kerana menerima suapan sebanyak RM1,300 daripada seorang lelaki warga asing sebagai balasan untuk melepaskan barangan yang melebihi berat untuk menaiki penerbangan ke Bandung, Indonesia.-UTUSAN ONLINE