Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Pasangan dituduh kali keempat eksploitasi lapan remaja

Eksploitasi
MUSLIM Ab.Karim dan isterinya, Zaleha Mohamad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu.-UTUSAN/ROSNI MASRI

KOTA BHARU 14 Mei - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan melakukan eksploitasi ke atas lapan remaja berusia antara 13 hingga 16 tahun pada Mac lalu.

Tertuduh Muslim Ab. Karim, 56, dan isterinya Zaleha Mohamad, 54, bagaimanapun minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacarakan secara berasingan di hadapan Hakim Nazri Ismail.

Mengikut pertuduhan, Muslim dan Zaleha didakwa bersama-sama telah memperdagangkan untuk tujuan eksplotasi empat remaja perempuan dan empat remaja lelaki berusia 13 hingga 16 tahun.

Kesemua perbuatan itu dilakukannya di  di hadapan Bank Islam di Jalan Mahmood, Taman Firdaus SBJ, Jalan Perempuan Zainab II di sini antara pukul 11.35 malam hingga 12.25 tengah malam, pada 13 dan 14 Mac lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 yang memperuntukkan dihukum penjara sehingga 20 tahun dan didenda, jika sabit kesalahan

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas manakala peguam tertuduh tidak hadir ke mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.  Kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Terdahulu, pasangan terbabit turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak, Kuantan dan Raub, Pahang atas pertuduhan yang sama. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain