Tertuduh, Noor Azaizah Badang, 55, dan Maswandi Omar, 35, didakwa mendera kanak-kanak perempuan berkenaan ketika mangsa berusia 13 tahun.


Walau bagaimanapun, kedua-duanya mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Noor Aisyah Ahmad.


Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua suspek didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal sejak 2010 hingga bulan ini.


Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Padi Huma 9, Bandar Baru Uda. - UTUSAN ONLINE