Majistret Cindy Mc Juce Balitus membuat keputusan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu itu dengan jaminan SPRM sebanyak RM100,000.

Beliau memerintahkan Mohd. Yusof mendepositkan RM50,000 daripada nilai itu dengan dua penjamin tempatan serta mengarah beliau untuk melapor diri di pejabat SPRM sekali setiap bulan.

Mohd. Yusof yang juga Ketua UMNO Bahagian Silam ditangkap SPRM Selasa lalu bagi membantu siasatan penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah antara tahun 2009 hingga 2015.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE