Penolakan perintah tahanan reman oleh Majistret Nordiana Abd. Aziz itu adalah kali kedua dibuat selepas Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang mengambil keputusan sama pada 15 Oktober lalu.

Sebelum ini, Noruliman yang lebih dikenali sebagai Boy Iman direman di Ampang, Selangor; Muar, Johor; Shah Alam, Selangor; Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah dan terakhir di Kangar, Perlis.

Dua lagi individu yang ditahan ialah pengarah Juta Kelulut Global Resources.

Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana dipercayai bertanggungjawab menyebabkan kerugian beberapa mangsa dalam projek pembinaan rumah banglo.

Boy Iman dan dua lagi suspek diwakili peguam, Faizul Mohd. Nasir.

Akhbar sebelum ini melaporkan Boy Iman ditahan pada 3 Oktober lalu di Balai Polis Bukit Indah, Ampang bagi membantu siasatan berhubung penipuan projek pembinaan rumah banglo yang melibatkan jumlah kerugian sehingga RM6.2 juta. - UTUSAN ONLINE