Nama lelaki 'Nur Sajat' adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman walaupun usahawan tersebut berterusan mendakwa dia adalah wanita.

'Nur Sajat', 33, kemudiannya mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata di bawah akta berkenaan dan didenda RM900 bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah terkumpul denda adalah RM2,700.

Mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014, 'Nur Sajat' boleh didenda maksimum RM50,000 bagi setiap pertuduhan.-UTUSAN ONLINE