Eric Liew Chee Ling, 46, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, M. M. Edwin Paramjothy.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati telah menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebook 'Eric Liew' dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Komen berkenaan telah dibaca di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5, Jabatan Siasatan Jenayah, Tingkat 2, Menara 2, Ibu pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 8 malam, 6 Januari lalu.

Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah akta sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali. - UTUSAN ONLINE