D. Manivannan, 33, didakwa bersama-sama dua lagi yang masih bebas melakukan pembunuhan terhadap seorang lelaki, V. Kandasamy, 43, di Jalan Taman Ibu Kota Setapak, Wangsa Maju di sini, kira-kira pukul 3.35 petang, 27 Julai tahun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Majistret Siti Radziah Kamaruddin menetapkan 29 Mei ini untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE