Mereka tiba dengan menaiki trak polis sambil diiringi beberapa anggota sebelum dibawa ke dalam Mahkamah Majistret.

Lima daripada mereka dijangka dituduh di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata.

Tiga lagi akan didakwa atas beberapa kesalahan lain termasuk mendatangkan kecederaan, menyertai perhimpunan.

Sementara itu di pekarangan mahkamah, kelihatan kira-kira puluhan ahli keluarga dan rakan suspek mula berkumpul selain turut hadir Ahli Parlimen Cameron Highland, C. Sivarraajh.

Dalam kejadian awal pagi pada 26 November itu, 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin pusat beli-belah One City turut dipecah dan dirosakkan.

Akibat kejadian itu, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang diserang perusuh dilaporkan masih berada di dalam tahap kritikal namun stabil di Institut Jantung Negara (IJN).

One City Development Sdn Bhd adalah pemaju yang memiliki tanah kuil berkenaan. -UTUSAN ONLINE