Kaslan Jiman, 46, didakwa membuat tuntutan sebanyak RM19,800 terhadap kerja-kerja pembaikan pintu pejabat pentadbiran, perpustakaan dan pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar di Institut Kemahiran Belia Negara pada 22 Oktober 2013.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, Kaslan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan didenda sebanyak lima kali nilai tuntutan palsu itu atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi. - UTUSAN ONLINE

Video oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN