SAM KE TING

Majistret Salina Omar menetapkan tarikh tersebut bagi serahan dokumen selepas Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Mohd. Nasir memaklumkan bahawa laporan forensik yang masih belum siap adalah antara beberapa dokumen yang belum diperoleh oleh pihak pendakwaan.

Tarikh tersebut ditetapkan selepas peguam, Bustaman Menon Abdul Hamid Menon yang mewakili tertuduh, Sam Ke Ting tidak mengemukakan bantahan.

Ke Ting, 22, sebelum itu tiba di mahkamah berkenaan kira-kira pukul 9 pagi dengan memakai penutup hidung.

Pada 28 Mac lalu, wanita itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal di Jalan Lingkaran Dalam, di sini pada pukul 3.20 pagi, 18 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Sek­syen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000, jika sabit kesalahan.