Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh tersebut berikutan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak siap sepenuhnya dan tertuduh kedua meminta menangguhkan prosiding mahkamah kerana peguamnya tidak hadir.

13 Februari lalu, tertuduh, Mohamad Aidilfitri Mohd. Powet dan Muhammad Afiq Jamli masing-masing berusia 21 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan terhadap mereka.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa cuba membunuh seorang warga Indonesia dengan cara memasukkan mangsa ke dalam guni sebelum mencampaknya ke dalam Sungai Klang dari sebuah jambatan di Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA), 6 Februari lalu. - UTUSAN ONLINE

Video oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL