Majistret Cindy Mc Juce Balitus turut memerintahkan Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim direman untuk tempoh sama bagi membantu siasatan berkenaan.

Ketiga-tiga mereka yang ditangkap SPRM semalam disiasat berkaitan dana sebanyak RM179 juta di dalam beberapa akaun yang dibekukan pihak berkuasa minggu lalu kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan dana kebajikan RM1.5 bilion yang diseleweng daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara 2009 hingga 2015.

Dalam prosiding hari ini Mohd. Azis diwakili peguam Norazmi Alimat manakala Jamawi dan Ariffin masing-masing diwakili peguam Arthur Borine serta Hamid Ismail. - UTUSAN ONLINE