Jamal yang juga merupakan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia itu dijangka menghadapi satu pertuduhan di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan sah.

Jamal yang bergari memakai baju berwarna hitam dan bertopi hitam dibawa oleh anggota polis dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat MH710 dari Jakarta, Indonesia.

Pada 3 Julai lalu, Jamal yang diburu polis lebih sebulan lalu ditahan oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) pada pukul 6.15 petang (waktu tempatan) pada 2 Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  dalam satu kenyataannya berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa pulang Jamal ke negara ini.

Sebuah portal berita Indonesia, Detik.com melaporkan, Jamal ditangkap di Tebet, Jakarta Selatan. - UTUSAN ONLINE