Peguam, Datuk Mohd. Imran Tamrin yang mewakili Jamal memberitahu, perkara itu bergantung kepada siasatan yang dijalankan ke atas anak guamnya.

“Pertuduhan yang sedia ada sudah mempunyai enam iaitu empat daripadanya di mahkamah ini (Mahkamah Ampan) dan dua lagi di Mahkamah Sungai Besar.

“Pihak kami masih menunggu kertas siasatan bagi 25 pertuduhan lain yang bakal dituduh ke atas Datuk Seri Jamal,” katanya.

Mohd. Imran berkata demikian selepas hadir bersama Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar itu untuk sebutan semula kes terhadap Jamal hari ini di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini.

Jamal tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.10 pagi tadi bagi mendengar sebutan semula tiga pertuduhan yang didakwa ke atasnya mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan di dua buah premis perjudian di Taman Kosas, dua tahun lalu.

Pertuduhan kedua dan ketiga terhadap Jamal dikemukakan mengikut Seksyen 224 kanun sama iaitu dengan sengaja melepaskan diri daripada jagaan pihak polis yang menahannya secara sah di sisi undang-undang bagi kesalahan yang telah dituduh dan Seksyen 5(2) Akta Imigresen (Pindaan) 2002 kerana meninggalkan negara ini tanpa melalui laluan sah, Mei lalu.

Mahkamah menetapkan 22 Oktober ini untuk pengurusan kes bagi ketiga-tiga pertuduhan itu. - UTUSAN ONLINE