Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat ketiga-tiga lelaki berkenaan.


Selain bekas eksekutif itu, turut direman adalah bapa mertuanya serta suami kepada pengarah syarikat kontraktor yang pernah direman sebelum ini.


Pada Rabu lalu, seorang pengurus PCSB dan pengarah syarikat kontraktor yang dilantik menguruskan projek itu serta bekas pembantu teknikal syarikat terbabit direman enam hari berhubung kes sama.


Sehingga kini, sebanyak enam suspek direman mengenai kes mengemukakan invois palsu bagi satu projek di Bintulu, Sarawak pada 2015.


Menurut sumber SPRM, suspek dipercayai mengemukakan tuntutan palsu melalui tiga invois syarikat kontraktor antara April hingga Jun 2015 bagi kerja yang sepatutnya dilakukan syarikat berkenaan.


Invois palsu itu dikemukakan bagi kerja-kerja The Provision of Jack-up Drilling Rig Çosl Boss for PCSB Drilling Programme yang berjumlah AS$5.56 juta.
 

Difahamkan, tuntutan itu sudah dibayar oleh syarikat cari gali berkenaan kepada syarikat kontraktor terbabit, namun tiada kerja dilaksanakan bagi tuntutan itu.