Kedua-dua kanak-kanak itu juga dipaksa melakukan hubu­ngan seks dengan kedua-dua lelaki berkenaan secara bergilir-gilir sambil dilihat oleh wanita itu sendiri.

Selepas melakukan hubungan seks, kanak-kanak terbabit ada kalanya akan menerima bayaran sebanyak RM1, RM5, RM10 dan RM20.


Video Oleh RAJA JAAFAR ALI

Perbuatan keji wanita itu bagaimanapun terbongkar selepas pihak sekolah kepada remaja berusia 13 tahun itu memaklumkan kepada polis setelah menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp menyatakan mangsa dijual ibunya kepada lelaki warga asing selepas curiga kerana mangsa tidak hadir ke sekolah selama 18 hari.

Pada 25 Oktober lalu, polis menahan tertuduh di sebuah rumah di Taman Bintang, Senai selepas dia memberitahu pernah beberapa kali membawa dua anak perempuannya ke hotel bajet ber­kenaan untuk dilacurkan kepada dua lelaki warga Bangladesh.

Hari ini, perbuatan terkutuk ibu tunggal berusia 39 tahun ini berbalas apabila dia dihukum penjara selama 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menganiaya dengan melacurkan dua anaknya itu, awal bulan lalu.

Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan, namun memerintahkan hukuman terhadap pertuduhan yang sama tarikh berjalan serentak, manakala yang lain dilaksanakan selepas selesai hukuman sebe­lumnya.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melacurkan dua anaknya yang berusia 10 dan 13 tahun, masing-masing lima kali kepada lelaki warga asing di sebuah hotel bajet di Susur Dewata 1, Larkin Perdana, di sini antara pukul 9.25 pagi, 1 Oktober lalu dan pukul 12.21 tengah hari, 7 Oktober lalu.

Tertuduh yang tidak bekerja itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, dalam rayuannya, wanita berkenaan yang kelihatan tenang memohon hukuman de­nda sahaja dikenakan memandangkan dia mempunyai dua lagi tanggu­ngan yang berusia empat dan lima tahun di bawah jagaannya.

Walau bagaimanapun, Timba­lan Pendakwa Raya, Suhaila Sha­fi'uddin yang mengendali­kan pendakwaan memohon mah­kamah menjatuhkan hukuman berat terhadap kesalahan jenayah seksual kanak-kanak yang dianggap serius untuk memberi pengajaran kepada tertuduh serta ibu bapa yang lain.