Wanita berusia 39 tahun itu mengaku bersalah sejurus kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun. 


Dia didakwa melacurkan dua anaknya berusia 10 dan 13 tahun di sebuah hotel di Larkin Perdana pada 1, 4, 5, 6 dan 7 Oktober lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. 


Kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin mencadangkan hukuman berat bagi kesalahan serius jenayah seksual kanak-kanak untuk memberi pengajaran kepada umum. 


Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama 75 tahun terhadap tertuduh, iaitu 15 tahun bagi setiap perlakuan yang berjalan secara berasingan. - UTUSAN ONLINE