Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Ganti rugi kematian anak ditentukan Mei depan

Ganti rugi kematian anak ditentukan Mei depan
MUHAMMAD Sardi Saad,41 dan isterinya Fadilah Abd.Wahab, 47 mendengar penerangan peguam, Mohd Syukran Mohd (kanan) di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini atas tuntutan sebanyak 10 juta terhadap 11 defendan kerana cuai sehingga mengakibatkan anak bongsu mereka Ulya Insyrah meninggal dunia 6 Disember 2013 lalu. - UTUSAN ONLINE/Gambar AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU 3 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 23 dan 24 Mei depan bagi menentukan taksiran ganti rugi yang bakal diterima pasangan suami isteri setelah kesemua defendan mengakui wujud kecuaian sehingga mengakibatkan kematian anak mereka, Ulya Insyirah Muhamad Sardi, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu setelah dimaklumkan oleh peguam mewakili 11 defendan, terdiri daripada lapan pegawai perubatan, dua pengarah hospital serta Kerajaan Malaysia mengakui wujudnya liabiliti seperti dituntut ibu bapa kanak-kanak perempuan itu.

Pada 6 Disember 2015, pasangan suami isteri, Muhamad Sardi Saad, 41, dan Fadilah Abd. Wahab, 47, memfailkan writ saman berkenaan bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan melalui Tetuan Syukran Noordin Advocates & Solicitors sebelum kes berkenaan dipindahkan ke sini.

Dalam writ saman berkenaan, pasangan guru itu menamakan Dr. Shairazi Azizi Mohd. Salleh, Dr. Mohd. Ruhaifi Yusuf, Dr. Norzaherawati Aryani Md. Tahir, Dr. Hasmani Hamat, Dr. Muhammad Solehuddin Ishak dan Pengarah Hospital Besut sebagai defendan pertama hingga keenam.

Plaintif turut menamakan Dr. Noor Ain Noor Afendi, Dr. Sharifah Huda Engku Alwi, Datuk Dr. Jimmy Lee Kok Foo, Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketujuh hingga ke-11.

Menurut pernyataan tuntutan, pihak plaintif mendakwa pada 5 Disember 2013, kira-kira pukul 9.30 pagi, mereka membawa Ulya Insyirah ke Unit Kecemasan Hospital Besut untuk menerima rawatan akibat muntah-muntah.

Mereka mendakwa, mangsa diberikan rawatan susulan dan dimasukkan air melalui tangannya sehingga berlaku komplikasi yang menyebabkan tangan dan badan kanak-kanak itu membengkak dan sembap.

Dakwa mereka, Ulya Insyirah kemudian tidak sedarkan diri kira-kira pukul 11 malam sebelum dibawa ke HSNZ pada pukul 5 pagi keesokannya.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di hospital terbabit pada pukul 8.05 pagi berpunca daripada ‘septicaemic with hypovoluemic shock’ atau bengkak dalaman yang serius oleh kemasukan air atau lebihan ubat rawatan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain