Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Gagal bayar jaminan, Abd. Latif ke penjara

Amir Shariffuddin dibebaskan dengan jaminan RM2 juta

ABD. LATIF BANDI  dibawa ke Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, semalam bagi menghadapi pertuduhan rasua
ABD. LATIF BANDI dibawa ke Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, semalam bagi menghadapi pertuduhan rasuah dan penyelewengan hartanah. BERNAMA

JOHOR BAHRU 19 April - Exco kerajaan negeri, Datuk Abd. Latif Bandi dan seo­rang perunding hartanah ma­sing-masing dikenakan jaminan RM2 juta selepas kedua-­duanya dihadapkan ke Mahkamah Se­syen di sini hari ini atas pertuduhan terlibat dalam rasuah bernilai le­bih RM30.3 juta antara tahun 2013 dan tahun lalu.

Abd. Latif, 51, mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan bersubahat dengan Amir Sharif­fuddin Abd. Raub, 44, untuk menerima rasuah tersebut sementara perunding hartanah itu membuat pengakuan sama terhadap 33 pertuduhan menerima rasuah.

Bagaimanapun, sehingga habis waktu pejabat, Abd. Latif gagal membayar wang jaminan itu dan beliau kemudian dihantar ke Penjara Reman Ulu Choh, Pontian sementara Amir Shariffuddin dibebaskan pada sebelah tengah hari setelah menjelaskan wang jaminannya.

Mengikut pertuduhan, Abd. Latif didakwa bersubahat de­ngan Amir Shariffuddin untuk me­nerima rasuah daripada beberapa individu bagi mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah rumah lot bumiputera kepada pembeli awam serta pengurangan bayaran wang sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor bagi Projek Eco Botanic, Pulai.

Amir Shariffuddin pula didak­wa­ menerima rasuah daripada be­berapa individu sebagai upah untuk dirinya dan Abd. Latif untuk melakukan transaksi dengan badan awam bagi mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah rumah lot bumiputera itu dan pengurangan bayaran wang sumbangan tabung berkenaan.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Bhd. cawangan Larkin Perdana di sini antara 13 November 2013 dan 19 Oktober tahun lalu.


Video oleh ISHAK RAHMAD

Pertuduhan terhadap Abd. La­tif dikemukakan mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama-sama Seksyen 16(a)(B) akta tersebut sementara Amir Shariffudin menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(B) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh-tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama iaitu penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Terdahulu, Pengarah Pendak­wa Raya SPRM, Datuk Masri Mohd. Daud dan Timbalan Pendakwa Raya, Amir Nasruddin yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM5 juta bagi setiap tertuduh berikutan kes yang disifatkan serius.

Namun, pihak pembelaan menegaskan, jumlah jaminan yang tinggi tidak munasabah ekoran se­gala akaun bank dan harta benda milik kedua-dua tertuduh telah dibekukan, sekali gus menyukarkan mereka membayar jaminan.

Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Na­sir kemudian membenarkan setiap tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2 juta berserta seorang penjamin dan pasport dise­rahkan kepada mahkamah hingga perbicaraan selesai, selain me­netapkan 23 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Abd. Latif yang bercuti daripada tugasnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri sejak 1 Mac lalu, diwakili lapan peguam, diketuai Datuk Hasnal Rezua Me­rican manakala Amir Shariffuddin diwakili peguam, Asrul Zulkifli Stork.

cadangan infografik:

Abd. Latif Bandi dan Amir Shariffuddin Abd. Raub masing-masing:

* Hadapi 33 pertuduhan

* Nilai rasuah lebih RM30.3 juta

* Jaminan RM2 juta

TINGGI 4cm

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain