Fareeda selaku orang kena saman (OKS) yang diwakili Pegawai Eksekutif Sumber Manusia syarikat itu, Nur Fathiah Sobry membuat pengakuan tidak bersalah  selepas pertuduhan dibacakan pada prosiding sebutan kali ketiga di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah.

Mengikut pertuduhan, Fareeda didakwa sebagai majikan lewat membayar upah

kepada tiga pekerjanya, Nur Fatihah Zahar, 21,  Nor Shaheera Mohd. Nor, 24, dan Nur Suhana Veera Gnnie, 26, yang sepatutnya dibayar pada atau sebelum hari ketujuh akhir tempoh upah iaitu 27 Julai 2016 yang telah melanggar peruntukkan Seksyen 19(1) Akta Kerja 1955.

Video oleh NUR ATHIRAH NABILAH MUSA

Syarikat tersebut turut mengaku tidak bersalah membuat potongan upah bagi Mei 2016 bagi tujuan ‘Commission Reduction Penalty’ dan ‘Other’ kepada dua pekerjanya, Nor Shaheera dan Nur Fatihah yang berjumlah RM180 berlawanan dengan peruntukan Seksyen 24 akta sama.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di premis syarikat tersebut di Jalan P/5, Kawasan Perindustrian Bangi, Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, dekat sini antara 31 Mei dan 30 Julai 2016.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 91(a) dan 91(c) Akta Kerja 1955 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 99A akta serupa yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Syarikat itu turut didakwa sebagai majikan telah gagal membayar upah kerja lebih masa pada hari biasa untuk Julai 2016 sepertimana pengiraan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 60A(3)(a) akta serupa yang terkurang bayar sebanyak RM127.89 kepada empat pekerjanya termasuk seorang warga Indonesia, Hartutik dan didakwa mengikut Seksyen 100(2) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman iaitu jumlah upah lebih masa yang diperintahkan oleh mahkamah untuk dibayar hendaklah boleh diperolehi semula seolah-olah ia adalah denda yang dikenakan oleh mahkamah.

Mahkamah menetapkan 23 dan 24 April untuk perbicaraan. - UTUSAN ONLINE