Tay Leong Hee, 52, dan Tay Tian Chuan, 45, yang dituduh melakukan kesalahan mengurus rumah maksiat di hotel berkenaan mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Noor Hafizah Mohd. Salim.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 8.44 malam, 23 November lalu di hotel berkenaan.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 373 (1) (a) Kanun Keseksaan yang di baca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 373 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 15 tahun serta denda.

Noor Hafizah menetapkan 10 Januari 2018 untuk pengurusan kes terhadap dua lelaki tersebut dan turut memerintahkan kedua-dua tertuduh membayar wang jaminan sebanyak RM20,000 setiap seorang dengan seorang penjamin tempatan serta melaporkan diri kepada pegawai penyiasat Jabatan Imigresen Malaysia Sabah sebulan sekali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Fazril Sani Mohamed Fadzil manakala tertuduh masing-masing diwakili oleh Datuk Chau Chin Tang dan Adrian Cham Chee Kong. – UTUSAN ONLINE