Tertuduh, M. Jamil Amin, 54, dan Muhammad Faisal, 31, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Zaki Abd. Rahman dan Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan.

Berdasarkan pertuduhan, M. Jamil yang merupakan seorang peniaga didakwa memiliki 1,980 paket rokok putih dan kretek pelbagai jenama, bernilai RM3,081.60 di sebuah rumah di Taman Dusun Setia di Seremban, 15 Mei lalu.

Muhammad Faisal yang merupakan warga Indonesia didakwa terlibat mengangkut 1,300 paket rokok putih dan kretek pelbagai jenama bernilai RM2,285.60 menggunakan kereta jenis Proton Wira di bahu jalan Persiaran Dato Wan di Seremban pada pukul 5.40 petang, 15 Mei 2015.

M. Jamil telah didenda RM45,000 manakala Muhammad Faisal RM23,000 dan penjara sehari. - UTUSAN ONLINE

Video oleh ABD. RAZAK AID