Tertuduh, Rushdi Ismail, 47, dan anaknya, Muhammad Wafiy Ikhwan, 18, serta rakan mereka, Razis Md. Yusoff, 34, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majisret Nur Fadrina Zulkhairi.

Bagaimanapun tiada pengakuan bersalah direkodkan daripada kesemua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengedar dadah jenis Eramin 5 seberat 419,152 gram itu di Kompleks Kargo MAS LTAPP, Bayan Lepas di sini, pukul 9 pagi pada 17 Disember lalu.

Mahkamah kemudiannya tidak menawarkan sebarang jaminan selain menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula.

Pendakwaan dikendalikan Penolong Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri, Abdul Malik Awang Kechik manakala hanya dua beranak berkenaan diwakili peguam, S. N. Rajan.

Akhbar pada 27 Disember lalu melaporkan JKDM negeri ini berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah membabitkan nilai RM23 juta iaitu rampasan terbesar tahun ini selepas menemukan kira-kira 1.5 juta pil Eramin 5 tersebut di LTAPP. – UTUSAN ONLINE