Kedua-dua individu tersebut adalah Izhar Idrus dan Zamri Maulan yang masing-masing merupakan Setiausaha Sulit dan Setiausaha Akhbar kepada Mohd. Shafie ketika menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan kedua-dua lelaki itu dibebaskan dengan masing-masing dikenakan jaminan tunai RM15,000 beserta seorang penjamin.

Mereka sebelum ini direman selama lima hari bermula 20 Oktober lalu berhubung kes penyelewengan dana awam bagi projek pembangunan luar bandar bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Sabah antara 2009 hingga 2015. - UTUSAN ONLINE