Tertuduh, Harun, 40, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Harith Sham Mohamed Yasin di Mahkamah Sesyen Sepang di sini hari ini.

Bapa kepada tiga orang anak itu yang dikenali sebagai Dr. Harun 2.0 dituduh kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan 238 kesalahan di bawah Seksyen 12 (1)(f) Akta Pasport 1966.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Kasthuri Bai Venugopal, manakala tertuduh diwakili peguam, M. Murugan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Jabatan Imigresen telah memberkas dua lelaki warga Bangladesh yang disyaki mendalangi sindiket pemalsuan dokumen membawa masuk pekerja asing sejak 2008 di Pandan Indah, Ampang, Selangor pada 4 Januari lalu.

Kedua-dua lelaki itu yang bergiat dalam sindiket bergelar ‘Dr. Harun 2.0’ ditahan dalam satu serbuan di sebuah premis perniagaan tiga tingkat di kawasan Pandan Indah kira-kira pukul 5.30 petang.-UTUSAN ONLINE

Video oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH