Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Fatina Amyra Abd. Jalil di Mahkamah Majistret di sini hari ini.


Terdahulu, lelaki berumur 62 tahun itu tiba di mahkamah tersebut kira-kira pukul 9.30 pagi dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tangan bergari.


Suspek tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini semalam selepas hadir bagi memberi keterangan.


Difahamkan, lelaki itu disyaki terbabit dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan tiga jalan utama dan terowong tersebut yang bernilai kira-kira RM305 juta - UTUSAN ONLINE

Penahanan suspek menjadikan seramai empat individu telah ditahan SPRM setakat ini bagi membantu siasatan projek berkenaan.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. - UTUSAN ONLINE