Mamat atau nama sebenar­nya, Mohd. Ali Kamarudin, 39, yang pernah memenangi tempat ketiga program Gegar Vaganza dua tahun lalu, turut diperintahkan oleh Majistret Noor Aisyah Ahmad menjalani pengawasan polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Mengikut pertuduhan, Mamat didakwa memasukkan dadah itu ke dalam badannya di pejabat Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, di sini kira-kira pukul 3.30 petang, 21 Mac 2011.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd. Gha­zali mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Terdahulu, peguam, Arwa Abdul Rahman yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan memandangkan pertuduhan yang dihadapi anak guamnya itu adalah kes pada tahun 2011.

“Anak guam saya ditahan pada 2011 untuk kes ini dan kini dia sudah bebas daripada penyalahgunaan dadah. Kini, Mamat bekerja sebagai jurujual jualan langsung dan turut menanggung tiga anak yang masih bersekolah berusia antara 11 hingga 15 tahun,” ka­tanya.

Mamat yang pernah popular dengan lagu Untukmu Ibu bersama Exist pada tahun 1991 dibebaskan selepas membayar denda tersebut.