Azman, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri di hadapan Hakim Norsalha Hamid.

Mengikut pertuduhan, Azman, 50, menerima untuk diri sendiri suatu benda berharga iaitu seutas jam tangan jenama Cerutti bernilai RM1,280 dengan tiada balasan daripada pemilik Syarikat Safa Murni Enterprise, Zaiyusni Ibrahim di Pusat Latihan Zakat di daerah Barat Daya di sini Februari lalu.

Mahkamah membenarkan wang jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh yang juga Pengurus Besar ZPP diwakili peguam N. Rajivan dan Mohamed Reza Ibrahim. - UTUSAN ONLINE

Video oleh AZMAN ASMAYATIM