A. Ghana Parkas

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Ba­che menja­tuh­kan hukuman tersebut terhadap A. Ghana Parkas, 38, selepas mendapati pihak pem­belaan gagal menimbulkan ke­raguan munasabah pada akhir pembelaan.

Lelaki itu didakwa membu­nuh A. Ramu, 41, di sebuah ladang kelapa sawit di Cherang Tuli kira-kira pukul 6 petang pada 11 Mei 2015.

Pendakwaan dijalankan me­ngikut Seksyen 302 Kanun Ke­­seksaan yang jika sabit ke­salahan boleh dihukum mati.

Ahmad berkata, sebelum itu Ghana Parkas berang diperlekehkan mangsa lalu bertindak memukul dan mencungkil mata si mati dengan batang kayu mop selain berkata dalam bahasa Tamil ‘biar mampus, biar luka’.

“Tertuduh mengikat si mati menggunakan tali pinggang dan menutup matanya dengan kain. Tertuduh kemudian mencurah mi­nyak ke seluruh badan mangsa. Mengikut kete­rangan pembe­laan, tindakan ini adalah untuk menakutkan si mati.


Video oleh ROSNI MASRI

“Mahkamah mendapati orang yang melakukan pembakaran ialah tertuduh berdasarkan perkara yang telah dirancang dan keadaan sekeliling. Jadi tiada pilihan kecuali hukuman gantung sampai mati,” ujar beliau dalam penghakimannya.

Sebaik sahaja mendengar ke­putusan tersebut, isteri tertuduh yang berada di dalam galeri awam menangis teresak-esak.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Ra­ya, Ainul Wardah Shahidan manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Haijan Omar.