Video oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL

Tertuduh, Kang Chang Heng, 39, merupakan pekerja di sebuah kedai perabot di Kepong didakwa membunuh Chia Tee Nang, 73, dan isterinya Lim Mai Shak, 68; serta dua cucunya, Chia Yuan Bin, 3, dan Ryan Chia Zeng Si, 9.


Chang Heng yang berbaju lokap berwarna oren turut didakwa dengan satu lagi pertuduhan iaitu mendatangkan cedera dengan menggunakan pisau kepada seorang kanak-kanak lelaki Andrew Chia Zeng Haol, 12.


Bagi kesemua pendakwaan, tertuduh mengangguk faham atas pertuduhan yang dibacakan kepadanya dalam bahasa isyarat di hadapan Majistret Mohd. Isa Md. Nor tetapi tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.


Bagi empat pertuduhan membunuh, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan bersalah, manakala pertuduhan kelima dia didakwa Seksyen 324 Kanun Keseksaan penjara tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.


Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah di No. 72, Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat Kuala Langat kira-kira pukul 4 hingga 5 pagi, 13 Disember 2017.- UTUSAN ONLINE