Majistret Muhammad Zaki Abd. Kudos menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati beliau bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Video oleh NORLIZAH ABAS

Beliau yang dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), didakwa melakukan kesalahan itu ketika memandu kenderaan bernombor pendaftaran BLY 68 di Lingkaran Putrajaya pada pukul 6.27 petang, 7 Oktober tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Kaedah 53(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan Raya 1959 dan didenda mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE