Walau bagaimanapun, tertuduh, Foo Tseh Wan, 40, yang merupakan bekas ejen Toyota Tsusho (M) Sdn. Bhd. cawangan Johor Bahru mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas kesemua pertuduhan tersebut. 


Tseh Wan membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Mohd. Fauzi Mohd. Nasir.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 27 dan 28 Mei 2015 di Menara MAA, Jalan Datuk Abdullah Tahir, di sini. 


Dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan. - UTUSAN ONLINE